Seseorang yang tidur di jalan Allah adalah sama seperti orang yang berpuasa yang tidak berbuka

TEKS BAHASA ARAB

النائم في سبيل الله كالصائم لا يفطر والقائم لا يفتر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang yang tidur di jalan Allah adalah sama seperti orang yang berpuasa yang tidak berbuka dan orang yang mendirikan solat yang tidak merasa penat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1006, hadis nombor 5184. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمرو بن حريث رضي الله عنه رفعه: النائم في سبيل الله كالصائم لا يفطر والقائم لا يفتر. [فر، الضعيفة (4698)].

(Lemah) Daripada ‘Amr bin Huraith RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seseorang yang tidur di jalan Allah adalah sama seperti orang yang berpuasa yang tidak berbuka dan orang yang menunaikan solat yang tidak merasa penat. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4698].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs