Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المُتمُّ للصلاه في السَّفرِ كالمفطِرِ في الحضَرِ.
Teks Bahasa Melayu
Seseorang yang menunaikan solat tamam (secara sempurna tanpa qasr) semasa permusafiran adalah sama seperti seorang yang berbuka semasa dia tidak bermusafir.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 277, hadis no. 1439. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، رفعه: ((المتم للصلاة في السفر كالمفطر في الحضر)). [عق، ((الضعيفة)) (3099)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seseorang yang menunaikan solat tamam (secara sempurna tanpa qasr) semasa permusafiran adalah sama seperti seorang yang berbuka semasa dia tidak bermusafir. [Riwayat al-Dhu’afa’ al-Kabir oleh Al-’Uqaili. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3099]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman