Seseorang yang mati syahid di laut umpama dua orang yang mati syahid di darat

TEKS BAHASA ARAB

شهيد البحر مثل شهيدي البر، والمائد في البحر كالمتشحط في دمه في البر وما بين ‌الموجتين كقاطع الدنيا في طاعة الله، وإن الله -عز وجل- وكل ملك الموت بقبض الأرواح إلا شهيد البحر، فإنه يتولى قبض أرواحهم، ويغفر لشهيد البر الذنوب كلها إلا الدين، ولشهيد البحر الذنوب والدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang yang mati syahid di laut umpama dua orang yang mati syahid di darat. Manakala orang yang mabuk laut adalah seperti orang yang bergenang dalam darahnya di darat. Orang yang berada di antara dua ombak pula umpama orang yang putuskan dirinya daripada urusan keduniaan kerana melakukan ketaatan pada Allah. Sesungguhnya Allah Azzawajalla menghantar malaikat maut untuk mencabut nyawa-nyawa kecuali nyawa orang yang mati syahid di laut, maka Dia sendiri mencabut nyawa mereka dan Dia juga mengampuni orang syahid di daratan akan semua dosa mereka kecuali hutang. Adapun untuk orang yang syahid di lautan pula diampunkan semua dosa termasuk hutang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 978, hadis nombor 5039. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – قال: ((شهيد البحر مثل شهيدي البر، والمائد في البحر كالمتشحط في دمه في البر، وما بين ‌الموجتين كقاطع الدنيا في طاعة الله، وإن الله – عز وجل- وكل ملك الموت بقبض الأرواح إلا شهيد البحر، فإنه يتولى قبض أرواحهم، ويغفر لشهيد البر الذنوب كلها إلا الدين، ولشهيد البحر الذنوب والدين)). [ه، طب، ((الضعيفة)) (817)]

(Palsu dengan lafaz selengkap ini) Daripada Abu Umamah RA berkata: Seseorang yang mati syahid di laut umpama dua orang yang mati syahid di darat. Manakala orang yang mabuk laut adalah seperti orang yang bergenang dalam darahnya di darat. Orang yang berada di antara dua ombak pula umpama orang yang putuskan dirinya daripada urusan keduniaan kerana melakukan ketaatan pada Allah. Sesungguhnya Allah Azzawajalla menghantar malaikat maut untuk mencabut nyawa-nyawa kecuali nyawa orang yang mati syahid di laut, maka Dia sendiri mencabut nyawa mereka dan Dia juga mengampuni orang syahid di daratan aka semua dosa mereka kecuali hutang. Adapun untuk orang yang syahid di lautan pula diampunkan semua dosa termasuk hutang. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 817]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs