Seseorang yang mana diumpat di sisinya saudara seislamnya dan dia mampu untuk membantunya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من اغتيب عنده أخوه المسلم، وهو يستطيع نصره، فنصره، نصره الله في الدنيا والآخرة، فإن استطاع نصره، فلم ينصره، أدركه الله به في الدنيا والآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang yang mana diumpat di sisinya saudara seislamnya, dan dia mampu untuk membantunya kemudian dia membantu saudaranya itu, maka Allah akan membantunya di dunia dan juga di akhirat. Sekiranya dia mampu untuk membantu saudaranya itu namun dia tidak membantunya, maka Allah akan menimpakan musibah itu kepadanya (diumpat) di dunia dan juga di akhirat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 191, hadis nombor 983. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((من اغتيب عنده أخوه المسلم، وهو يستطيع نصره، فنصره، نصره الله في الدنيا والآخرة، فإن استطاع نصره، فلم ينصره، أدركه الله به في الدنيا والآخرة)).
[ابن وهب، ((الضعيفة)) (‌‌1888)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Seseorang yang mana diumpat di sisinya saudara seislamnya, dan dia mampu untuk membantunya kemudian dia membantu saudaranya itu, maka Allah akan membantunya di dunia dan juga di akhirat. Sekiranya dia mampu untuk membantu saudaranya itu namun dia tidak membantunya, maka Allah akan menimpakan musibah itu kepadanya (diumpat) di dunia dan juga di akhirat.
[Riwayat Ibn Wahb. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1888]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.