Seseorang yang kekal di tempat solatnya selepas solat Subuh sehingga matahari terbit adalah lebih kuat dalam mencari rezeki

TEKS BAHASA ARAB

الثابت في مصلاه في صلاة الصبح حتى تطلع الشمس أبلغ في طلب الرزق من الضارب في الأمصار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang yang kekal di tempat solatnya selepas solat Subuh sehingga matahari terbit adalah lebih kuat dalam mencari rezeki berbanding seseorang yang berdagang di berbagai tempat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 268, hadis nombor 1394. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عثمان – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((الثابت في مصلاه في صلاة الصبح حتى تطلع الشمس أبلغ في طلب الرزق من الضارب في الأمصار)). [أبو الشيخ في ((الطبقات))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان)) وفي ((أحاديث أبو قاسم الأصم))، فر، ((الضعيفة)) (2724)]

(Palsu)
Daripada ‘Uthman RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Seseorang yang kekal di tempat solatnya selepas solat Subuh sehingga matahari terbit adalah lebih kuat dalam mencari rezeki berbanding seseorang yang berdagang di berbagai tempat.
[Riwayat Abu al-Syaikh dalam al-Thabaqat, Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan dan dalam Ahadith Abi al-Qasim al-Asom dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2724]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs