Seseorang yang diminta pendapat adalah seseorang yang diberikan amanah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

المستشار مؤتمن؛ فإن شاء أشار، وإن شاء سكت؛ فإن أشار فليشر بما لو نزل به فعله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang yang diminta pendapat adalah seseorang yang diberikan amanah. Sekiranya dia mahu, dia memberikan pendapatnya dan sekiranya dia mahu, dia boleh berdiam diri. Sekiranya dia memberi pendapat, berilah pendapat ke arah sesuatu yang sekiranya berlaku kepada dirinya, maka dia akan melakukannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 211, hadis nombor 1115. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن سمرة بن جندب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((المستشار مؤتمن؛ فإن شاء أشار، وإن شاء سكت؛ فإن أشار فليشر بما لو نزل به فعله)). [القضاعي، الخطابي في ((العزلة))، ((الضعيفة)) (4676)]

(Sangat Lemah)
Daripada Samurah bin Jundab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seseorang yang diminta pendapat adalah seseorang yang diberikan amanah. Sekiranya dia mahu, dia memberikan pendapatnya dan sekiranya dia mahu, dia boleh berdiam diri. Sekiranya dia memberi pendapat, berilah pendapat ke arah sesuatu yang sekiranya berlaku kepada dirinya, maka dia akan melakukannya.
[Riwayat al-Quda'ie dan al-Khattabi dalam al-’Uzlah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4676]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.