Seseorang yang bercakap selepas meninggal dunia merupakan yang terbaik dari kalangan tabiin

TEKS BAHASA ARAB

يتكلم رجل بعد الموت من خير التابعين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang yang bercakap selepas meninggal dunia merupakan yang terbaik dari kalangan tabiin.

STATUS

Munkar secara marfu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1770, hadis nombor 8912. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر مرفوعا) عن ربعي بن خراش، قال: كنا أربع إخوة، وكان الربيع أخونا أكثر صلاة وأكثر صياما في الهواجر، وأنه توفي، فبينا نحن حوله -وقد بعثنا من يبتاع لنا كفنا-؛ إذ كشف الثوب عن وجهه فقال: السلام عليكم! فقال القوم: وعليكم السلام يا أخا بني عبس! أبعد الموت؟ قال: نعم؛ إني لقيت ربي -عز وجل- بعدكم، فلقيت ربا غير غضبان، واستقبلني بروح وريحان وإستبرق، ألا وان أبا القاسم ينتظر الصلاة علي، فعجلوني ولا تؤخروني. ثم كان بمنزلة حصاة رمي بها في طست. فنمي الحديث إلى عائشة -رضي الله عنها- فقالت: أما إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((يتكلم رجل بعد الموت من خير التابعين)). [حل، الذهبي في ((السير))، ((الضعيفة)) (6673)]

(Munkar secara marfu‘)
Daripada Rib‘ī bin Khirāsy, beliau berkata: Kami empat beradik. Saudara kami, al-Rabī‘ banyak solat dan berpuasa dalam keadaan panas terik tengah hari dan sesungguhnya dia telah meninggal dunia. Ketika kami sedang mengelilingi jenazahnya- dan kami telah mengutuskan seseorang untuk membelikan kami kain kafan – tiba-tiba kain yang menutupi wajahnya terbuka, dan dia berkata: "Salam sejahtera ke atas kamu!" Lalu mereka (yang berada disitu) menjawab: "Salam sejahtera ke atas kamu wahai saudara Bani ‘Abas! Adakah kematian masih jauh?" Dia menjawab: "Ya, sesungguhnya aku telah bertemu dengan Tuhanku selepas kalian, maka aku bertemu Tuhan dalam keadaan yang tidak murka. Dan Dia menyambutku dengan roh, Rayhan (sejenis bunga) dan kain sutera tebal. Ketahuilah bahawasanya Abū al-Qāsim (Nabi) sedang menunggu solat ke atasku, maka segerakanlah (pengurusan jenazah)ku aku dan janganlah kalian melewatkan aku." Kemudian, dia (kembali seperti sebelumnya) seumpama batu yang dilemparkan dalam bekas. Ucapan itu telah sampai kepada ‘Āisyah RA lalu beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Seseorang yang bercakap selepas meninggal dunia merupakan yang terbaik dari kalangan tabiin.
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, al-Dhahabī dalam Siyar A‘lām al-Nubalā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6673]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs