Seseorang tidak akan mengeluarkan sedekah sehingga dia melepaskan 70 janggut syaitan

TEKS BAHASA ARAB

ما يخرج رجل شيئا من الصدقة حتى يفك عنها لحيي سبعين شيطانا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang tidak akan mengeluarkan sedekah sehingga dia melepaskan 70 janggut syaitan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 907, hadis nombor 4640. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بريدة رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: ما يخرج رجل شيئا من الصدقة حتى يفك عنها لحيي سبعين شيطانا. [حم, ك, طس, ابن خزيمة, البزار, هب, الأصبهاني, الضعيفة (6823)]

(Lemah) Daripada Buraidah RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Seseorang tidak akan mengeluarkan sedekah sehingga dia melepaskan 70 janggut syaitan. [Musnad Ahmad Bin Hanbal, Mustadrak Al-Hakim, Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Ausath, Ibn Khuzaimah, Al-Bazzar, Al-Baihaqi di dalam Syu’ab Al-Iman, Al-Asbahani, Al-Dha’ifah, no: 6823].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs