Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما يُخرجُ رجلٌ من الصدقةِ حتى يَفُكَّ عنها لَحْيَي سبعينَ شيطانًا
Teks Bahasa Melayu
Seseorang tidak akan mengeluarkan sedekah sehingga dia melepaskan 70 janggut syaitan.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 907, hadis no. 4640. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بريدة رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: ما يخرج رجل شيئا من الصدقة حتى يفك عنها لحيي سبعين شيطانا. [حم, ك, طس, ابن خزيمة, البزار, هب, الأصبهاني, الضعيفة (6823)]
(Lemah) Daripada Buraidah RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Seseorang tidak akan mengeluarkan sedekah sehingga dia melepaskan 70 janggut syaitan. [Musnad Ahmad Bin Hanbal, Mustadrak Al-Hakim, Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Ausath, Ibn Khuzaimah, Al-Bazzar, Al-Baihaqi di dalam Syu’ab Al-Iman, Al-Asbahani, Al-Dha’ifah, no: 6823].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman