TEKS BAHASA ARAB
حديث: ما تعاظم علي أحد مرتين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Seseorang tidak akan berlagak di hadapanku dua kali.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 159, hadis nombor 471. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ليس بحديث.
لكن معناه في المرفوع: لا يلدغ المؤمن من جحر مرتين.
Ia bukan hadith akan tetapi maknanya selari dengan hadith marfu’: Seorang mukmin tidak akan dipatuk ular dua kali.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.