Seseorang telah mengadu kepada Nabi SAW kerana mendapat sedikit anak lelaki

TEKS BAHASA ARAB

 الَّذِي شَكَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِلَّةَ الْوَلَدِ فَأَمَرَهُ أَنْ يَأْكُلَ الْبَيْضَ وَالبَصَلَ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang telah mengadu kepada Nabi SAW kerana mendapat sedikit anak lelaki lalu baginda menyuruh beliau makan telur dan bawang besar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 9 Hadis Seperti Pandangan Doktor

Kandungan hadis digambarkan seperti pandangan para doktor atau tip-tip seumpamanya, seperti hadis:..

… Hadis lain:
الَّذِي شَكَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِلَّةَ الْوَلَدِ فَأَمَرَهُ أَنْ يَأْكُلَ الْبَيْضَ وَالبَصَلَ
“Seseorang telah mengadu kepada Nabi SAW kerana mendapat sedikit anak lelaki lalu baginda menyuruh beliau makan telur dan bawang besar.”
—————————————-
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh Ibnu Hibban di dalam kitab al-Majruhin (2/308) dan berkata: (Tidak ada keraguan lagi bahawa hadis ini palsu). Rujuk: Ibnu Jauzi di dalam kitab al-Maudhu’at (3/156), al-Lali’ al-Masnu’ah (2/233) dan Tanzih asy-Syari’ah (2/252).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon