Seseorang telah dibunuh ketika aku berada bersama kamu dan tidak diketahui siapakah yang telah membunuhnya?

TEKS BAHASA ARAB

يا أيها الناس! قتيل قتل وأنا فيكم ولا يعلم من قتله؟! لو اجمتع أهل السماء والأرض على قتل امرئ؛ لعذبهم الله؛ إلا أن يفعل ما يشاء. وفي رواية: إلا أن لا يشاء ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai manusia! Seseorang telah mati dibunuh ketika aku berada bersama kamu dan tidak diketahui siapakah yang telah membunuhnya? Kalaulah penduduk langit dan bumi berkumpul untuk membunuh seseorang, pasti Allah mengazab mereka melainkan Allah melakukan apa yang Dia inginkan. Dalam riwayat lain: Melainkan Allah tidak menginginkan sedemikian.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1360, hadis nombor 6934. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قتل قتيل على عهد النبي صلى الله عليه وسلم لم يعلم من قتله؟ فصعد النبي صلى الله عليه وسلم المنبر: يا أيها الناس! قتيل قتل وأنا فيكم ولا يعلم من قتله؟! لو اجمتع أهل السماء والأرض على قتل امرىء؛ لعذبهم الله؛ إلا أن يفعل ما يشاء. وفي رواية: إلا أن لا يشاء ذلك.
[عد، هق، هب، ((الضعيفة)) (5371)]

(Munkar dengan lafaz lengkap ini)
Daripada Ibn ‘Abbas RA telah berkata: Seseorang telah mati terbunuh pada zaman Nabi SAW, tidak diketahui siapakah yang telah membunuhnya, lalu baginda pun naik ke atas mimbar: Wahai manusia! Seseorang telah mati dibunuh ketika aku berada bersama kamu dan tidak diketahui siapakah yang telah membunuhnya? Kalaulah penduduk langit dan bumi berkumpul untuk membunuh seseorang, pasti Allah mengazab mereka melainkan Allah melakukan apa yang Dia inginkan. Dalam riwayat lain: Melainkan Allah tidak menginginkan sedemikian.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5371]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs