Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أيُّها الناسُ! قتيلٌ قُتِلَ وأنَا فِيكمْ ولا يُعلَمُ مَنْ قَتَلَهُ؟! لَوِ اجْتمَعَ أهلُ السماءِ والأرضِ على قتلِ امْرِئٍ؛ لَعَذَّبَهمْ اللهُ، إلا أنْ يَفعلَ ما يَشاءُ. وفي رواية: إلا أن لا يشاء ذلك.
Teks Bahasa Melayu
Wahai manusia! Seseorang telah mati dibunuh ketika aku berada bersama kamu dan tidak diketahui siapakah yang telah membunuhnya? Kalaulah penduduk langit dan bumi berkumpul untuk membunuh seseorang, pasti Allah mengazab mereka melainkan Allah melakukan apa yang Dia inginkan. Dalam riwayat lain: Melainkan Allah tidak menginginkan sedemikian.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1360, hadis no. 6934. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قتل قتيل على عهد النبي صلى الله عليه وسلم لم يعلم من قتله؟ فصعد النبي صلى الله عليه وسلم المنبر: يا أيها الناس! قتيل قتل وأنا فيكم ولا يعلم من قتله؟! لو اجمتع أهل السماء والأرض على قتل امرىء؛ لعذبهم الله؛ إلا أن يفعل ما يشاء. وفي رواية: إلا أن لا يشاء ذلك. [عد، هق، هب، ((الضعيفة)) (5371)]
(Munkar dengan lafaz lengkap ini) Daripada Ibn 'Abbas RA telah berkata: Seseorang telah mati terbunuh pada zaman Nabi SAW, tidak diketahui siapakah yang telah membunuhnya, lalu baginda pun naik ke atas mimbar: Wahai manusia! Seseorang telah mati dibunuh ketika aku berada bersama kamu dan tidak diketahui siapakah yang telah membunuhnya? Kalaulah penduduk langit dan bumi berkumpul untuk membunuh seseorang, pasti Allah mengazab mereka melainkan Allah melakukan apa yang Dia inginkan. Dalam riwayat lain: Melainkan Allah tidak menginginkan sedemikian. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5371]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman