Tidak ada yang memutuskan solat seorang muslim kecuali keldai

TEKS BAHASA ARAB

لا يقطع صلاة المسلم شيء إلا الحمار، والكافر، والكلب والمرأة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada yang memutuskan (membatalkan/menghilangkan khusyuk) solat seorang muslim kecuali keldai, orang kafir, anjing dan wanita (lalu di hadapan).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 827, hadis nombor 4249. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: “الكافر”) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يقطع صلاة المسلم شيء إلا الحمار والكافر والكلب والمرأة)). فقالت عائشة : يا رسول الله لقد قرنا بدواب سوء.
[حم، ابن جرير في ((تهذيب الآثار))، ((الضعيفة)) (5542، 6600)]

(Munkar dengan sebutan: “Kafir”) Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada yang memutuskan (membatalkan/menghilangkan khusyuk) solat seorang muslim kecuali keldai, orang kafir, anjing dan wanita (lalu di hadapan). Lalu Aisyah RA berkata: Wahai Rasulullah, ini telah membandingkan kami dengan binatang yang buruk.
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal dan Ibn Jarir dalam Tahzib al-Athar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5542, 6600]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs