TEKS BAHASA ARAB
هلكت الرجال حين أطاعت النساء
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seseorang lelaki akan binasa ketika dia mentaati perintah wanita.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 914, hadis nombor 4678. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي بكرة –رضي الله عنه– أن النبي -صلى الله عليه وسلم- أتاه بشير يبشره بظفر خيل له، ورأسه في حجر عائشة، فقام، فحمد الله – تعالى – ساجدا، فلما انصرف، أنشأ يسأل الرسول؟ فحدّثه، فكان فيما حدّثه من أمر العدو، وكانت تليهم امرأة، وفي رواية ((أنه ولي أمرهم امرأة)) فقال النبي -صلى الله عليه وسلم-: ((هلكت الرجل حين أطاعت النساء)).
[عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن ماسي في آخر ((جزء الأنصاري))، ك، حم، ((الضعيفة)) (436)].
(Lemah)
Daripada Abu Bakrah RA bahawa seorang utusan telah mendatangi Rasulullah SAW memberikan khabar gembira akan kemenangan kuda milik baginda. Ketika itu kepala baginda SAW berada di dalam bilik ‘Aishah RA, lantas Rasulullah SAW bangun kemudian sujud memuji Allah SWT. Setelah selesai, baginda bertanyakan utusan itu. Lantas dia memberitahu kepada baginda apa yang ditanyakan padanya. Dan di antara perkara yang diberitahu ialah perkara yang melibatkan musuh. Sedangkan pemimpin musuh itu ialah wanita. Dalam riwayat yang lain, bahawa yang bertanggungjawab dalam urusan mereka ialah wanita. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang lelaki akan binasa ketika dia mentaati perintah wanita”.
[ٌRiwayat Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afaa, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, Ibn Masi dalam Akhir Juz al-Ansariyy, al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 436].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.