Seseorang kamu menulis kepada sekumpulan orang, maka hendaklah dia mulakan dengan dirinya

TEKS BAHASA ARAB

إذا كتب أحدكم إلى أناس فليبدأ بنفسه، وإذا كتب فليترب كتابه فإنه أنجح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu menulis kepada sekumpulan orang, maka hendaklah dia mulakan dengan dirinya dan apabila dia telah selesai menulis, maka palitkanlah tulisannya pada tanah kerana ia lebih mudah mendapatkan kejayaan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1249, hadis nombor 6378. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي الدرداء رضي الله عنه مرفوعا: إذا كتب أحدكم إلى أناس فليبدأ بنفسه، وإذا كتب فليترب كتابه فإنه أنجح.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2702)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abi al-Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang kamu menulis kepada sekumpulan orang, maka hendaklah dia mulakan dengan dirinya dan apabila dia telah selesai menulis, maka palitkanlah tulisannya pada tanah kerana ia lebih mudah mendapatkan kejayaan.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2702]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.