Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كتب أحدُكم إلى أناسٍ فَلْيَبْدَأْ بنفسِه، وإذا كتب فَلْيُتَرِّبْ كتابَه فإنه أنجَحُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang kamu menulis kepada sekumpulan orang, maka hendaklah dia mulakan dengan dirinya dan apabila dia telah selesai menulis, maka palitkanlah tulisannya pada tanah kerana ia lebih mudah mendapatkan kejayaan.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1249, hadis no. 6378. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي الدرداء رضي الله عنه مرفوعا: إذا كتب أحدكم إلى أناس فليبدأ بنفسه، وإذا كتب فليترب كتابه فإنه أنجح. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2702)]
(Sangat Lemah) Daripada Abi al-Darda' RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang kamu menulis kepada sekumpulan orang, maka hendaklah dia mulakan dengan dirinya dan apabila dia telah selesai menulis, maka palitkanlah tulisannya pada tanah kerana ia lebih mudah mendapatkan kejayaan. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2702]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman