Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Seseorang itu tidak membenci Arab melainkan dia seorang munafik

Teks Bahasa Arab

لا يبغَضُ العربَ إلَّا منافقٌ.

Teks Bahasa Melayu

Seseorang itu tidak membenci Arab melainkan dia seorang munafik.

Sahabat Perawi

  1. Abu Rafi’ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1795, hadis no. 9048. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي رافع -رضي الله عنه- مرفوعا: لا يبغض العرب إلا منافق. [عد، ((الضعيفة)) (1192)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Rafi’ RA, Nabi SAW bersabda: "Seseorang itu tidak membenci Arab melainkan dia seorang munafik." [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1192]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.