Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا يَفْقَهُ الرَّجُلُ كُلَّ الفِقْهِ حَتَّى يَتْرُكَ مَجْلِسَ قَومِهِ عشيَّةَ الجُمُعَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Seseorang itu tidak akan menjadi sebenar-benar faqih sehinggalah dia meninggalkan majlis kaumnya pada petang hari Jumaat.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 230, hadis no. 1220. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((لا يفقه الرجل كل الفقه حتى يترك مجلس قومه عشية الجمعة)). [عد، فر، ((الضعيفة)) (5707)]
(Palsu) Daripada Aishah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Seseorang itu tidak akan menjadi sebenar-benar faqih sehinggalah dia meninggalkan majlis kaumnya pada petang hari Jumaat. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa' dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5707]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman