Seseorang itu tidak akan menguasi fiqah dengan menyeluruh sehinggalah dia meninggalkan majlis kaumnya pada petang hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

لا يفقه الرجل كل الفقه حتى يترك مجلس قومه عشية الجمعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang itu tidak akan menguasi fiqah dengan menyeluruh sehinggalah dia meninggalkan majlis kaumnya pada petang hari Jumaat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 230, hadis nombor 1220. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله ﷺ: «لا يفقه الرجل كل الفقه حتى يترك مجلس قومه عشية الجمعة». [عد، فر، «الضعيفة» (5707)].

(Palsu) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Seseorang itu tidak akan menguasi fiqah dengan menyeluruh sehinggalah dia meninggalkan majlis kaumnya pada petang hari Jumaat”. [Riwayat al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi dan Musnad al-Firdaws oleh al-Daylami. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 5707].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs