Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَفَى بالمَرْءِ سَعَادَةً أن يُوْثَقَ به فِي أَمْرِ دِيْنِهِ ودُنْيَاهُ.
Teks Bahasa Melayu
Seseorang itu sudah cukup bahagia apabila dia dipercayai dalam urusan agamanya dan dunianya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 79, hadis no. 390. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((كفى بالمرء سعادة أن يوثق به في أمر دينه ودنياه)). [القضاعي، ((الضعيفة)) (4092)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Seseorang itu sudah cukup bahagia apabila dia dipercayai dalam urusan agamanya dan dunianya.)) [Riwayat al-Qudha’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4092]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman