Seseorang itu membaca al-Quran dan memenuhi daripada hadis-hadis Rasulullah SAW

TEKS BAHASA ARAB

إذا قرأ الرجل القرآن، وأحتشى من أحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكان هناك غريزة؛ كان خليفة من خلفاء الأنبياء عليهم السلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang itu membaca al-Quran dan memenuhi daripada hadis-hadis Rasulullah SAW, dan di sana juga ada suatu naluri, dia merupakan seorang khalifah daripada khalifah-khalifah para Nabi AS.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1296, hadis nombor 6627. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم : إذا قرأ الرجل القرآن، وأحتشى من أحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكان هناك غريزة، كان خليفة من خلفاء الأنبياء عليهم السلام.
[الرافعي، ((الضعيفة)) (6995)].

(Palsu)
Daripada Abi Umamah RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Apabila seseorang itu membaca al-Quran dan memenuhi daripada hadis-hadis Rasulullah SAW, dan di sana juga ada suatu naluri, dia merupakan seorang khalifah daripada khalifah-khalifah para Nabi AS.
[Riwayat al-Rafi'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6995].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs