Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا قَرَأَ الرَّجُلُ الْقُرْآنَ، وَاحْتَشَى مِنْ أَحَادِيثِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَكَانَ هُنَاكَ غَرِيزَةٌ، كَانَ خَلِيفَةً مِنْ خُلَفَاءِ الْأَنبِيَاءِ عَلَيْهِمُ السَّلَامُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang itu membaca al-Quran dan memenuhi daripada hadis-hadis Rasulullah SAW, dan di sana juga ada suatu naluri, dia merupakan seorang khalifah daripada khalifah-khalifah para Nabi AS.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1296, hadis no. 6627. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم : إذا قرأ الرجل القرآن، وأحتشى من أحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكان هناك غريزة، كان خليفة من خلفاء الأنبياء عليهم السلام. [الرافعي، ((الضعيفة)) (6995)].
(Palsu) Daripada Abi Umamah RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Apabila seseorang itu membaca al-Quran dan memenuhi daripada hadis-hadis Rasulullah SAW, dan di sana juga ada suatu naluri, dia merupakan seorang khalifah daripada khalifah-khalifah para Nabi AS. [Riwayat al-Rafi'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6995].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman