TEKS BAHASA ARAB
حديث: المرء على دين خليله فلينظر من يخالل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Seseorang itu berada atas agama temannya, maka lihatlah dengan siapa dia berteman.
STATUS
Hasan
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 167, hadis nombor 501. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أورده ابن الجوزي في الموضوعات، فأخطأ، إذ قد رواه أبو داود والترمذي وحسنه.
Ibn al-Jauzi telah memasukkannya dalam al-Maudhu’at akan tetapi beliau tersilap, kerana hadith ini telah diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmizi seraya beliau menilai hadith ini hasan.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.