Hasan

30/06/2024

minit bacaan



Seseorang itu berada atas agama temannya

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: الْمَرْء على دين خَلِيله فَلْينْظر من يخالل.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Seseorang itu berada atas agama temannya, maka lihatlah dengan siapa dia berteman.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Hasan

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 167, hadis no. 501. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أورده ابن الجوزي في الموضوعات، فأخطأ، إذ قد رواه أبو داود والترمذي وحسنه.

Ibn al-Jawzi telah memasukkannya dalam al-Maudhu’at akan tetapi beliau tersilap, kerana hadis ini telah diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmizi seraya beliau menilai hadis ini hasan.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.