Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الرَّجلَ ليَكونُ مِن أَهْلِ الصَّلاةِ والزَّكاةِ والحجِّ والعمرةِ والصِّيامِ والجِهادِ - حتَّى ذَكَرَ سِهامَ الخيرِ -؛ وما يُجزَى يومَ القيامةِ إلَّا بقدرِ عقلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seseorang itu benar-benar menjadi ahli solat, zakat, haji, umrah, puasa dan jihad - sehingga baginda menyebutkan bahagian-bahagian kebaikan –; dan tidak diberikan balasan (ganjaran) pada hari kiamat melainkan dengan kadar (tahap kemampuan) akal mereka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1365, hadis no. 6957. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Batil) Daripada Ibn 'Umar RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seseorang itu benar-benar menjadi ahli solat, zakat, haji, umrah, puasa dan jihad - sehingga baginda menyebutkan bahagian-bahagian kebaikan –; dan tidak diberikan balasan (ganjaran) pada hari kiamat melainkan dengan kadar (tahap kemampuan) akal mereka. [Riwayat al-Tarasusi dalam Musnad Ibn 'Umar, al-'Uqaili dalam al-Du'afa' al-Kabir, Ibn Hibban dalam al-Du'afa', Ibn Abu al-Dunya dalam al-'Aql Wa Fadluhu, Mushriq bin 'Abdillah al-Faqih dalam Hadith beliau, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Wahidi dalam Tafsir beliau, Ibn 'Asakir, Ibn al-Jawzi juga dalam Minhaj al-Qasidin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5557]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman