Seseorang hamba tidak berhak dikatakan telah beriman dengan iman yang nyata sehingga dia mencintai dan membenci kerana Allah

TEKS BAHASA ARAB

لا يحق العبد حق صريح الإيمان حتى يحب لله تعالى ويبغض لله. فإذا أحب لله تبارك وتعالى، وأبغض لله تبارك وتعالى فقد استحق الولاء من الله وإن أوليائي من عبادي وأحبائي من خلقي الذين يذكرون بذكري وأذكر بذكرهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang hamba tidak berhak dikatakan telah beriman dengan iman yang nyata sehingga dia mencintai dan membenci kerana Allah. Apabila dia telah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah, maka dia berhak mendapat perlindungan daripada Allah. Allah berfirman: Dan sesungguhnya para wali-Ku dalam kalangan hamba-Ku dan para kekasih-Ku dalam kalangan makhluk-Ku adalah orang-orang yang mereka disebut-sebut apabila Aku disebut dan Aku disebut-sebut ketika mereka disebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 161, hadis nombor 155. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أحمد (3/ 430) حدثنا الهيثم بن خارجة قال عبد الرحمن: وسمعته أنا من الهيثم ثنا رشدين بن سعد عن عبد الله بن الوليد عن أبي منصور مولى الأنصار عن عمرو بن الجموح مرفوعا فذكره. وعزاه الهيثمي في المجمع (1/ 89) للطبراني في الكبير والسيوطي في الدر المنثور (3/310) للحكيم الترمذي من حديث عمرو بن الجموح. قلت: وهذا سند ضعيف مسلسل بالعلل:
الأولى: ضعف رشدين بن سعد.
ضعفه ابن معين، وأبو زرعة وأبو حاتم والنسائي وغيرهم.
وضعفه أحمد في رواية وقال مرة: لا بأس به في أحاديث الرقائق وهذا يدل على أنه ليس بعمدة عنده.
الثانية: عبد الله بن الوليد هو ابن قيس بن الأخرم. وضعفه الدارقطني فقال: لا يعتبر بحديثه. وذكره ابن حبان في الثقات (7/ 11)
الثالثة: أبو منصور مولى الأنصار مجهول كما يعلم من ترجمته في التعجيل (1405) .

Dha’if. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ahmad (3/430), katanya al-Haitham bin Kharijah ‘Abd al-Rahman berkata: “Saya juga telah mendengar daripada al-Haitham , katanya Rishdin bin Sa’d telah menceritakan kepada kami daripada Abd Allah bin al-Walid daripada Abu Mansur Mawla al-Ansar daripada ‘Amr bin al-Jamuh secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut”. Al-Haythami dalam al-Majma’ (1/89) telah menisbahkan hadith tersebut kepada al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Suyuti pula dalam al-Dur al-Manthur (3/310) telah menisbahkannya kepada al-Hakim al-Tirmizi melalui hadith ‘Amr bin al-Jamuh.
Saya berkata: Sanad ini dha’if, terdapat banyak kecacatan antaranya ialah:
Pertama: Rishdin bin Sa’d adalah dha’if. Beliau telah dinilai dha’if oleh Ibn Ma’in, Abu Zur’ah, Abu Hatim, al-Nasa’ei dan lain-lain. Ahmad turut menilai beliau sebagai dha’if dalam satu tempat, manakala ditempat lain Ahmad berkata: "Tidak mengapa hadith beliau berkenaan hadith-hadith kelembutan hati". Ini menunjukkan bahawa Rishdin seorang yang tidak boleh dipegang di sisi beliau.
Kedua: Abd Allah bin al-Walid, beliau adalah Ibn Qais bin al-Akhram. Beliau telah dinilai dha’if oleh al-Daraqutni, katanya: "Hadith beliau tidak boleh diambilkira". Ibn Hibban pula telah menyebutkan beliau dalam al-Thiqat (7/11).
Ketiga: Abu Mansur, mawla al-Ansar seorang yang majhul (Tidak dikenali) sebagaimana yang diketahui melalui biografi beliau dalam al-Ta’jil (1405).
Keempat: Abu Mansur tidak pernah bertemui ‘Amr bin al-Jamuh sebagaimana disebutkan oleh al-Bukhari dan disokong oleh al-Hafiz. Oleh kerana itu, al-Haythami berkata: "Dalam sanadnya terdapat Rishdin bin Sa’d, ianya juga Munqati’ (Terputus sanad) lagi dha’if".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs