Seseorang hamba itu tidak mendapati keimanan yang sebenar sehingga dia kasih dan marah kerana Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يجد عبد صريح الإيمان حتى يحب لله ويبغض لله، فإذا أحب لله وأبغض لله فقد استحق الولاية من الله -عز وجل-، وإن أحبائي وأوليائي من عبادي وخلقي الذين يذكرون بذكري وأذكر بذكرهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang hamba itu tidak mendapatkan keimanan yang sebenar sehingga dia kasih dan marah kerana Allah. Sekiranya dia kasih dan marah kerana Allah, maka dia berhak mendapat wilayah (pertolongan) daripada Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya para pencinta-Ku dan para wali-Ku dalam kalangan hamba-Ku dan ciptaan-Ku mereka diingati dengan sebab mereka mengingati-Ku dan Aku diingati dengan sebab zikir mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1544, hadis nombor 7838. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن الجموح -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يجد عبد صريح الإيمان حتى يحب لله ويبغض لله، فإذا أحب لله وأبغض لله فقد استحق الولاية من الله -عز وجل-، وإن أحبائي وأوليائي من عبادي وخلقي الذين يذكرون بذكري وأذكر بذكرهم)). [ابن قانع، حم، عم، ((الضعيفة)) (5621)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin al-Jamūḥ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seseorang hamba itu tidak mendapatkan keimanan yang sebenar sehingga dia kasih dan marah kerana Allah. Sekiranya dia kasih dan marah kerana Allah, maka dia berhak mendapat wilayah (pertolongan) daripada Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya para pencinta-Ku dan para wali-Ku dalam kalangan hamba-Ku dan ciptaan-Ku mereka diingati dengan sebab mereka mengingati-Ku dan Aku diingati dengan sebab zikir mereka.
[Riwayat Ibn Qāni‘ dalam Mu‘jam al-Ṣaḥābah, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, ‘Abdullah bin Aḥmad dalam al-Zawāid. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5621]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.