Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يجدُ عبدُ صريحَ الإيمانِ حتَّى يُحبَّ للَّهِ، ويبغضَ للَّهِ، فإذا أحبَّ للَّهِ وأبغضَ للَّهِ فقدِ استحقَّ الولايةَ منَ اللَّهِ -عزَّ وجلَّ-، وإنَّ أحبَّائي وأوليائي من عبادي وخلقي الَّذينَ يُذكَرونَ بذِكري وأُذْكَرُ بذِكرِهم.
Teks Bahasa Melayu
Seseorang hamba itu tidak mendapatkan keimanan yang sebenar sehingga dia kasih dan marah kerana Allah. Sekiranya dia kasih dan marah kerana Allah, maka dia berhak mendapat wilayah (pertolongan) daripada Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya para pencinta-Ku dan para wali-Ku dalam kalangan hamba-Ku dan ciptaan-Ku mereka diingati dengan sebab mereka mengingati-Ku dan Aku diingati dengan sebab zikir mereka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin al-Jamuh RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1544, hadis no. 7838. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن الجموح -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يجد عبد صريح الإيمان حتى يحب لله ويبغض لله، فإذا أحب لله وأبغض لله فقد استحق الولاية من الله -عز وجل-، وإن أحبائي وأوليائي من عبادي وخلقي الذين يذكرون بذكري وأذكر بذكرهم)). [ابن قانع، حم، عم، ((الضعيفة)) (5621)]
(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin al-Jamūḥ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seseorang hamba itu tidak mendapatkan keimanan yang sebenar sehingga dia kasih dan marah kerana Allah. Sekiranya dia kasih dan marah kerana Allah, maka dia berhak mendapat wilayah (pertolongan) daripada Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya para pencinta-Ku dan para wali-Ku dalam kalangan hamba-Ku dan ciptaan-Ku mereka diingati dengan sebab mereka mengingati-Ku dan Aku diingati dengan sebab zikir mereka. [Riwayat Ibn Qāni‘ dalam Mu‘jam al-Ṣaḥābah, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, ‘Abdullah bin Aḥmad dalam al-Zawāid. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5621]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman