Seseorang hamba itu mungkin dipuji dari timur ke barat, namun nilainya di sisi Allah tidak sampai

TEKS BAHASA ARAB

إن العبد لينشر له من الثناء ما بين المشرق والمغرب، وما يزن عند الله جناح بعوضة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang hamba itu mungkin dipuji dari timur ke barat, namun nilainya di sisi Allah tidak sampai seperti sayap seekor nyamuk.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 65-66, hadis nombor 58. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كذا في الإحياء، وقال العراقي: لم أجده هكذا. وفي الصحيحين من حديث أبي هريرة: إنه ليأتي الرجل العظيم السمين يوم القيامة، لا يزن عند الله جناح بعوضة.

Disebutkan dalam Kitab al-Ihya’. Al-Iraqi berkata: Aku tidak menjumpainya seperti ini. Dalam al-Sahihain, dalam hadis Abu Hurairah: Pada hari kiamat akan datang seorang lelaki yang hebat dan besar, namun beratnya di sisi Allah tidak sampai seperti sayap seekor nyamuk.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs