Seseorang daripada kamu meletakkan di dalam mulutnya tanah itu lebih baik dari dia meletakkan di dalam mulutnya sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah

TEKS BAHASA ARAB

لأن يجعل أحدكم في ‌فيه ‌تراباً؛ خير له من أن يجعل في فيه ما حرم الله عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang daripada kamu meletakkan di dalam mulutnya tanah itu lebih baik dari dia meletakkan di dalam mulutnya sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 627, hadis nombor 3262. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((لأن يجعل أحدكم في ‌فيه ‌تراباً؛ خير له من أن يجعل في فيه ما حرم الله عليه)). [حم، هب، ابن أبي الدنيا في ((الورع))، ((الضعيفة)) (5172)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Seseorang daripada kamu meletakkan di dalam mulutnya tanah itu lebih baik dari dia meletakkan di dalam mulutnya sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.”
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad, al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman dan Ibn Abi al-Dunya dalam al-Wara’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5172].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs