Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَأَنْ يَجْعَلَ أحدُكم في فِيهِ ترابًا؛ خيرٌ له من أن يَجْعَلَ في فِيهِ ما حرم اللهُ عليه.
Teks Bahasa Melayu
Seseorang daripada kamu meletakkan di dalam mulutnya tanah itu lebih baik dari dia meletakkan di dalam mulutnya sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 627, hadis no. 3262. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Seseorang daripada kamu meletakkan di dalam mulutnya tanah itu lebih baik dari dia meletakkan di dalam mulutnya sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.” [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad, al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman dan Ibn Abi al-Dunya dalam al-Wara’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5172].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman