Seseorang daripada kamu akan didatangkan rezeki dari Allah dengan rezeki 10 hari dalam sehari

TEKS BAHASA ARAB

إن أحدكم يأتيه الله برزق عشرة أيام في يوم، فإن هو ‌حبس ‌عاش تسعة أيام بخير؛ وإن هو وسع وأسرف قتر عليه تسعة أيام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seseorang daripada kamu akan didatangkan rezeki dari Allah dengan rezeki (untuk) 10 hari dalam sehari, jika dia menahan diri (berjimat), dia akan hidup 9 hari lagi dengan baik, jika dia meluaskan (belanjanya) dan membazir, maka dia akan diberikan kesusahan selama 9 hari.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 607, hadis nombor 3146. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن أحدكم يأتيه الله برزق عشرة أيام في يوم، فإن هو ‌حبس ‌عاش تسعة أيام بخير؛ وإن هو وسع وأسرف قتر عليه تسعة أيام)). [فر، ((الضعيفة)) (2968)].

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Seseorang daripada kamu akan didatangkan rezeki dari Allah dengan rezeki (untuk) 10 hari dalam sehari, jika dia menahan diri (berjimat), dia akan hidup 9 hari lagi dengan baik, jika dia meluaskan (belanjanya) dan membazir, maka dia akan diberikan kesusahan selama 9 hari.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2968].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs