Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن أحدَكم يأتِيهِ اللهُ برِزْقِ عَشْرَةِ أيامٍ في يومٍ، فإن هو حَبَس عاش تِسْعَةَ أيامٍ بخيرٍ؛ وإن هو وَسَّع وأَسْرَفَ قَتَّرَ عليه تسعةَ أيامٍ.
Teks Bahasa Melayu
Seseorang daripada kamu akan didatangkan rezeki dari Allah dengan rezeki (untuk) 10 hari dalam sehari, jika dia menahan diri (berjimat), dia akan hidup 9 hari lagi dengan baik, jika dia meluaskan (belanjanya) dan membazir, maka dia akan diberikan kesusahan selama 9 hari.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 607, hadis no. 3146. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Seseorang daripada kamu akan didatangkan rezeki dari Allah dengan rezeki (untuk) 10 hari dalam sehari, jika dia menahan diri (berjimat), dia akan hidup 9 hari lagi dengan baik, jika dia meluaskan (belanjanya) dan membazir, maka dia akan diberikan kesusahan selama 9 hari.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2968].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman