TEKS BAHASA ARAB
حديث: إنه سأل سائل النبي صلى الله عليه وآله وسلم، عن علم الباطن. ما هو؟ فقال: سألت جبريل عنه. فقال: هو سر بيني وبين أحبائي، وأوليائي، وأصفيائي أودعه في قلوبهم، لايطلع عليه أحد، لا ملك مقرب ولا نبي مرسل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Seseorang bertanya kepada Nabi SAW berkaitan ilmu batin : Apakah itu ilmu batin? Nabi SAW bersabda: Aku bertanya kepada Jibril, lalu Jibril berkata: Ia adalah rahsia Nabi antara aku dan kekasih-kekasihku, wali-waliku, orang-orang yang aku pilih, aku letakkan dalam hati-hati mereka, tiada seorang pun yang tahu,Bahkan bukan malaikat yang terdekat, dan tidak juga seorang nabi yang diutus.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 284, hadis nombor 32. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكره في الذيل عن حذيفة مرفوعا.
قال ابن حجر: هو موضوع.
Al-Suyuthi menyebutkan di dalam al-Zail daripada Huzaifah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi). Ibn Hajar berkata: hadith ini palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.