Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Seseorang bertanya kepada Nabi SAW berkaitan ilmu batin

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّهُ سَأَلَ سَائِلٌ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، عَنْ عِلْمِ الْبَاطِنِ. مَا هُوَ؟ فَقَالَ: سَأَلْتُ جِبْرِيلَ عَنْهُ. فَقَالَ: هُوَ سِرٌّ بَيْنِي وَبَيْنَ أَحِبَّائِي، وَأَوْلِيَائِي، وَأَصْفِيَائِي أُوَدِّعُهُ فِي قُلُوبِهِمْ، لَا يَطَّلِعُ عَلَيْهِ أحد، لَا مَلَكٌ مُقَرَّبٌ وَلَا نَبِيٌّ مُرْسَلٌ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Seseorang bertanya kepada Nabi SAW berkaitan ilmu batin : Apakah itu ilmu batin? Nabi SAW bersabda: Aku bertanya kepada Jibril, lalu Jibril berkata: Ia adalah rahsia Nabi antara aku dan kekasih-kekasihku, wali-waliku, orang-orang yang aku pilih, aku letakkan dalam hati-hati mereka, tiada seorang pun yang tahu,Bahkan bukan malaikat yang terdekat, dan tidak juga seorang nabi yang diutus.

Sahabat Perawi

  1. Huzaifah bin al-Yaman RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 284, hadis no. 32. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في الذيل عن حذيفة مرفوعا. قال ابن حجر: هو موضوع.

Al-Suyuthi menyebutkan di dalam al-Zail daripada Huzaifah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi). Ibn Hajar berkata: hadith ini palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.