Seseorang berkemampuan untuk menuntut ilmu di dunia tetapi tidak menuntut ilmu

TEKS BAHASA ARAB

أشد الناس حسرة يوم القيامة: رجل أمكنه طلب العلم في الدنيا فلم يطلبه، ورجل علم علما فانتفع به من سمعه منه دونه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang paling menyesal (paling rugi) pada hari kiamat adalah seseorang yang ada kemampuan untuk menuntut ilmu di dunia tetapi dia tidak menuntut ilmu, dan seseorang yang mengajarkan sesuatu ilmu namun ia dimanfaatkan oleh orang lain yang mendengarnya namun tidak bermanfaat buat dirinya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 712, hadis nombor 3643. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر)
عن ابن عباس رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: ((أشد الناس حسرة يوم القيامة: رجل أمكنه طلب العلم في الدنيا فلم يطلبه، ورجل علم علما فانتفع به من سمعه منه دونه)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7142)].

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling menyesal (paling rugi) pada hari kiamat adalah seseorang yang ada kemampuan untuk menuntut ilmu di dunia tetapi dia tidak menuntut ilmu, dan seseorang yang mengajarkan sesuatu ilmu namun ia dimanfaatkan oleh orang lain yang mendengarnya namun tidak bermanfaat buat dirinya.
[Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7142].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs