Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Seseorang berkemampuan untuk menuntut ilmu di dunia tetapi tidak menuntut ilmu

Teks Bahasa Arab

أشدُّ الناسِ حسرةً يوم القيامةِ رجلٌ أمكنه طلبُ العلمِ في الدنيا فلم يطلُبْه، ورجلٌ علم علمًا فانتفع به من سمعَه منه دونه.

Teks Bahasa Melayu

Orang yang paling menyesal (paling rugi) pada hari kiamat adalah seseorang yang ada kemampuan untuk menuntut ilmu di dunia tetapi dia tidak menuntut ilmu, dan seseorang yang mengajarkan sesuatu ilmu namun ia dimanfaatkan oleh orang lain yang mendengarnya namun tidak bermanfaat buat dirinya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 712, hadis no. 3643. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن ابن عباس رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: ((أشد الناس حسرة يوم القيامة: رجل أمكنه طلب العلم في الدنيا فلم يطلبه، ورجل علم علما فانتفع به من سمعه منه دونه)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7142)].

(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling menyesal (paling rugi) pada hari kiamat adalah seseorang yang ada kemampuan untuk menuntut ilmu di dunia tetapi dia tidak menuntut ilmu, dan seseorang yang mengajarkan sesuatu ilmu namun ia dimanfaatkan oleh orang lain yang mendengarnya namun tidak bermanfaat buat dirinya. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7142].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.