Serukanlah salam kepada keluarga kamu, walaupun sekali dalam setahun

TEKS BAHASA ARAB

بُلُّوا أرحامَكم بالسلامِ ولو في السنةِ مرةً واحدةً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Serukanlah salam kepada keluarga kamu, walaupun sekali dalam setahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 125, hadis nombor 640. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع في شطر الثاني) عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: بُلُّوا أرحامَكم بالسَّلام ولو في السَّنَةِ مرةً واحدةً. [الشجري في الأمالي، الضعيفة (6357)]

(Perenggan kedua adalah Palsu) Daripada Jābir ibn ‘Abdullah RA, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Serukanlah salam kepada keluarga kamu, walaupun sekali dalam setahun. [Diriwayatkan oleh al-Shajarī dalam al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6357]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs