Seringan-ringan azab ahli neraka adalah seorang lelaki yang memegang bara api lalu menggelegak darahnya

TEKS BAHASA ARAB

إن أهون أهل النار عذاباً: رجل يطأ جمرة يغلي منها دماغه. فقال أبو بكر الصديق: وما كان جرمه يا رسول الله؟ قال: كانت له ماشية يغشى بها الزرع ويؤذيه، وحرمه الله وما حوله غلوة بسهم – أو قال: رمية بحجر – فاحذروا، ألا يسحت الرجل ماله في الدنيا، ويهلك نفسه في الاخرة، قال: وإن أدنى أهل الجنة منزلة، وأسفلهم درجة، رجل لا يدخل الجنة بعده أحد، يفسح له في بصره مسيرة مئة عام، في قصور من ذهب، وخيام من لؤلؤ، ليس فيها موضع شبر إلا معمور، يغدى عليه كل يوم ويراح بسبعين ألف صحفة من ذهب، ليس منها صحفة إلا فيها لون ليس في الاخر مثله، شهوته في آخرها كشهوته في أولها، لو نزل به جميع أهل الدنيا لوسع عليهم مما أعطي، لا ينقص ذلك مما أوتي شيئاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seringan-ringan azab ahli neraka adalah seorang lelaki yang memegang bara api lalu menggelegak darahnya disebabkan itu, Abu Bakr al-Siddiq berkata: Apakah kesalahan yang telah dilakukannya wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Dia mempunyai binatang ternakan tetapi dengannya ia merosakan tanaman, lalu Allah mengharamkannya dan apa yang ada di sekelilingnya sepanjang panah atau sepanjang balingan batu. Beringatlah supaya seorang lelaki tidak memakan sesuatu yang haram dari hartanya, lalu disebabkan itu dia membinasakan dirinya di akhirat. Baginda bersabda: Serendah-rendah tingkatan ahli syurga adalah seorang lelaki yang tidak masuk selepasnya ke dalam syurga seorang pun, dibentangkan di hadapan matanya sesuatu pada kadar 100 tahun perjalanan yang berupa istana dari emas, khemah dari permata, yang tidak ada sejengkal pun darinya kecuali dipenuhi sesuatu, didatangkan kepadanya setiap hari 70,000 helaian emas, tidak ada padanya satu halaman pun kecuali ia berwarna dengan warna yang berbeza dari halaman-halaman yang lain, perasaannya menginginkan hal itu sama pada akhirnya seperti perasaannya pada awalnya,seandainya seluruh penduduk dunia tinggal bersamanya sekalipun, akan masih tetap mencukupi semua nikmat itu buat mereka, malah tidak berkurang sedikit pun.

STATUS

Palsu dengan selengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 636 – 637, hadis nombor 3300. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام)
عن عبد الله بن عباس – رضي الله عنهما -: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إن أهون أهل النار عذاباً: رجل يطأ جمرة يغلي منها دماغه. فقال أبو بكر الصديق: وما كان جرمه يا رسول الله؟ قال: كانت له ماشية يغشى بها الزرع ويؤذيه، وحرمه الله وما حوله غلوة بسهم – أو قال: رمية بحجر – فاحذروا، ألا يسحت الرجل ماله في الدنيا، ويهلك نفسه في الاخرة، قال: وإن أدنى أهل الجنة منزلة، وأسفلهم درجة، رجل لا يدخل الجنة بعده أحد، يفسح له في بصره مسيرة مئة عام، في قصور من ذهب، وخيام من لؤلؤ، ليس فيها موضع شبر إلا معمور، يغدى عليه كل يوم ويراح بسبعين ألف صحفة من ذهب، ليس منها صحفة إلا فيها لون ليس في الاخر مثله، شهوته في آخرها كشهوته في أولها، لو نزل به جميع أهل الدنيا لوسع عليهم مما أعطي، لا ينقص ذلك مما أوتي شيئاً)).
[عبد الرزاق في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (6631)]

(Palsu)
Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seringan-ringan azab ahli neraka adalah seorang lelaki yang memegang bara api lalu menggelegak darahnya disebabkan itu, Abu Bakr al-Siddiq berkata: Apakah kesalahan yang telah dilakukannya wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Dia mempunyai binatang ternakan tetapi dengannya ia merosakan tanaman, lalu Allah mengharamkannya dan apa yang ada di sekelilingnya sepanjang panah atau sepanjang balingan batu. Beringatlah supaya seorang lelaki tidak memakan sesuatu yang haram dari hartanya, lalu disebabkan itu dia membinasakan dirinya di akhirat. Baginda bersabda: Serendah-rendah tingkatan ahli syurga adalah seorang lelaki yang tidak masuk selepasnya ke dalam syurga seorang pun, dibentangkan di hadapan matanya sesuatu pada kadar 100 tahun perjalanan yang berupa istana dari emas, khemah dari permata, yang tidak ada sejengkal pun darinya kecuali dipenuhi sesuatu, didatangkan setiap hari dengan 70,000 helaian emas, tidak ada padanya satu halaman pun kecuali ia berwarna dengan warna yang berbeza dari halaman-halaman yang lain, perasaannya menginginkan hal itu sama pada akhirnya seperti perasaannya pada awalnya,seandainya seluruh penduduk dunia tinggal bersamanya sekalipun, akan masih tetap mencukupi semua nikmat itu buat mereka, malah tidak berkurang sedikit pun.”
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyat al-Awliya’, al-Rafi’i dalam Tarikh Qazwin dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6276].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs