TEKS BAHASA ARAB
العمامة على القلنسوة فصل ما بيننا وبين المشركين يعطى يوم القيامة لكل كورة يدورها على رأسه نورا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Serban di atas kopiah ialah pembeza antara kita dan orang-orang Musyrik, pada hari kiamat akan diberikan satu cahaya bagi setiap lilitan yang mengelilingi atas kepalanya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 57, hadis nombor 312. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut dengan penambahan ini adalah batil lagi palsu, asal hadith itu ada dalam Sunan Abu Dawd dan al-Tirmizi tanpa penambahannya.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.