Serban adalah mahkota orang arab (tanda kehebatan), duduk sambil memeluk lutut merupakan dindingnya (perkara yang sinonim dengan mereka), dan duduk orang beriman di dalam masjid ikatannya

TEKS BAHASA ARAB

العمائم تيجان العرب والاحتباء حيطانها وجلوس المؤمن في المسجد رباطه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Serban adalah mahkota orang arab (tanda kehebatan), duduk sambil memeluk lutut merupakan dindingnya (perkara yang sinonim dengan mereka), dan duduk orang beriman di dalam masjid ikatannya (perlindungan dari syaitan dan punca kedekatan dengan Tuhan melalui ketaatan- galakan untuk sentiasa berada di masjid).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1613, hadis nombor 8135. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((العمائم تيجان العرب والاحتباء حيطانها وجلوس المؤمن في المسجد رباطه)). [القضاعي، ((الضعيفة)) (1593)].

(Munkar)
Daripada Ali RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Serban adalah mahkota orang arab (tanda kehebatan), duduk sambil memeluk lutut merupakan dindingnya (perkara yang sinonim dengan mereka), dan duduk orang beriman di dalam masjid ikatannya (perlindungan dari syaitan dan punca kedekatan dengan Tuhan melalui ketaatan- galakan untuk sentiasa berada di masjid).))
[Riwayat al-Qudho’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1593].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs