Seratus rakaat pada pertengahan bulan Sya’ban

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مائة ركعة في نصفه بالإخلاص عشر مرات مع طول فضله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seratus rakaat pada pertengahan bulan Sya’ban dengan membaca Surah al-Ikhlas sepuluh kali akan bersama kelebihannya yang panjang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في اللآلئ مائة ركعة في نصفه بالإخلاص عشر مرات مع طول فضله للديلمي وغيره موضوع وجمهور رواته من الطرق الثلاثة مجاهيل وضعفاء.

Di dalam kitab al-La’ali menyebut:
“Seratus rakaat pada pertengahan bulan Sya’ban dengan membaca Surah al-Ikhlas sepuluh kali akan bersama kelebihannya yang panjang.”
Ia diriwayatkan oleh al-Dailami dan lain-lain. Ia adalah hadith yang palsu. Kesemua perawinya di dalam tiga jalur periwayatannya adalah perawi yang majhul dan lemah dan hadith tersebut tidak mungkin wujud.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.