Seramai tujuh puluh orang Nabi telah berjalan dengan berkaki ayam melintasi al-Sakhrah (Palestin) daripada al-Rauha' (Antara Makkah dan Madinah)

TEKS BAHASA ARAB

لقد مر بالصخرة من الروحاء سبعون نبيا حفاة عليهم العباءة يؤمون بيت الله العتيق. منهم موسى، نبي الله صلى الله عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seramai tujuh puluh orang Nabi telah berjalan dengan berkaki ayam melintasi al-Sakhrah (Palestin) daripada al-Rauha’ (Antara Makkah dan Madinah). Mereka memakai abaah (pakaian terbuka di kaki dan luas tanpa ada lengan baju serta dipakai sebagai lapisan kepada pakaian yang ada). mereka menjadi Imam di Baitullah al-‘Atiq. Di antara mereka adalah Nabi Allah Musa AS.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 224-225, hadis nombor 174. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جدا.
أخرجه أبو يعلى في مسنده (548- زوائده) قال: حدثنا محمد بن عبد الله بن نمير حدثنا يونس بن بكير عن سعيد بن ميسرة، وهو ضعيف.
قلت: كذا قال ولو أضاف جدا لأصاب لأن سعيد بن ميسرة كذبه يحيى القطان.وقال البخاري: منكر الحديث. وهو جرح شديد عنده.وقال الحاكم: روى عن أنس موضوعات. وسبقه ابن حبان (1/ 316) إلى ذلك. وقال ابن عدي: مظلم الأمر.
وله شاهد من حديث أبي موسى الأشعري رضي الله عنه. أخرجه أبو نعيم في الحلية (1/ 259- 260) من طريق إبراهيم بن إسماعيل بن مجمع عن صالح بن كيسان عن يزيد الرقاشي عن أبيه عن أبي موسى الأشعري فذكره مرفوعا حتى قوله: عليهم العباء.
قلت: وسنده واه. إبراهيم بن إسماعيل ضعيف كثير الوهم. ويزيد الرقاشي ضعفه الأكثرون. وتركه أحمد والنسائي والحاكم وأبو أحمد. وأبو أبان بن عبد الله ضعفه ابن معين والدارقطني. وقال ابن عدي: حدث عنه ابنه بأحاديث مخارجها مظلمة. وليس له عند ولده عنه غير هذا الحديث الواحد.

Dha’if Jiddan (terlalu lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam Musnad beliau (548- Zawaid beliau). Beliau berkata : Muhammad bin Abd Allah bin Numair telah menceritakan kepada kami, katanya Yunus bin Bukair telah menceritakan kepada kami daripada Sa’id bin Maisarah, beliau seorang yang dha’if.
Saya berkata: Begitulah kata beliau. Sekiranya beliau menambah perkataan "Jiddan", pasti tepat, kerana Sa’id bin Maisarah telah dinilai sebagai pendusta oleh Yahya al-Qattan. Al-Bukhari pula berkata: "Munkar al-Hadith". Ianya kritikan berat di sisi beliau. Al-Hakim berkata: "Beliau meriwayatkan daripada Anas hadith-hadith yang Mawdhu". Ibn Hibban (1/316) mendahului al-Hakim dalam memberi kenyataan tersebut. Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Abu Musa al-Ash’ari RA. Ianya telah diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (1/259-260) melalui sanad Ibrahim bin Isma’il bin Mujammi’ daripada Soleh bin Kaisan daripada Yazid al-Raqashi daripada ayahnya daripada Abu Musa al-Ash’ari, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut secara marfu’ hingga sampai lafaz: "mereka memakai abaya".
Saya berkata: Sanadnya Wahin (Terlalu Dha’if). Ibrahim bin Isma’il adalah seorang perawi yang dha’if lditambah banyak kekeliruannya. Yazid al-Raqashi pula dinilai dha’if oleh majoriti para ulama. Manakala, Ahmad, al-Nasa’ei, al-Hakim dan Abu Ahmad pula telah meninggalkan riwayat beliau. Abu Aban bin Abd Allah telah dinilai dha’if oleh Ibn Ma’in dan al-Daraqutni. Ibn ‘Adi berkata: "Anak lelaki beliau telah meriwayatkan daripada beliau hadith-hadith yang tidak diketahui sumbernya". Tidak ada hadith lain yang menunjukkan bahawa anak beliau meriwayatkan hadith daripada beliau melainkan hadith ini sahaja.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs