Sepuluh kebaikan buah tembikai

TEKS BAHASA ARAB

في البطيخ عشر خصال: هو طعام، وشراب، ويغسل المثانة، ويقطع الإبردة، وهو ريحان، وأشنان، ويغسل البطن، ويكثر ماء الصلب، ويكثر الجماع، وينقي البشرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada buah tembikai itu terdapat sepuluh kebaikan: Ia adalah makanan, minuman, mencuci pundi kencing, menghilangkan kesejukan, merupakan Raihan (sejenis haruman) dan ushnan (jenis kelompok tanaman), mencuci perut, memperbanyakkan air mani, memperbanyakkan persetubuhan dan membersihkan kulit.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1625, hadis nombor 8210. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عباس – رضي الله عنهما- مرفوعا: ((في البطيخ عشر خصال: هو طعام، وشراب، ويغسل المثانة، ويقطع الإبردة، وهو ريحان، وأشنان، ويغسل البطن، ويكثر ماء الصلب، ويكثر الجماع، وينقي البشرة)). [فر، ((الضعيفة)) (4012)].

(Batil)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Pada buah tembikai itu terdapat sepuluh kebaikan: Ia adalah makanan, minuman, mencuci pundi kencing, menghilangkan kesejukan, merupakan Raihan (sejenis haruman) dan ushnan (jenis kelompok tanaman), mencuci perut, memperbanyakkan air mani, memperbanyakkan persetubuhan dan membersihkan kulit.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4012].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs