Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sepuluh buah rumah di al-Hijaz lebih terjaga berbanding 20 buah rumah di Syam

Teks Bahasa Arab

عشرةُ أبياتٍ بالحجازِ أبقى من عشرينَ بيتًا بالشامِ.

Teks Bahasa Melayu

Sepuluh buah rumah di al-Hijaz lebih terjaga berbanding 20 buah rumah di Syam.

Sahabat Perawi

  1. Mu'awiyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1843, hadis no. 9297. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاوية -رضي الله عنه- مرفوعا: ((عشرة أبيات بالحجاز أبقى من عشرين بيتا بالشام)). [الحسن الأهوازي في ((عقد أهل الإيمان))، ((الضعيفة)) (٣٨٦٥)]

(Lemah) Daripada Mu‘āwiyah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sepuluh buah rumah di al-Hijaz lebih terjaga berbanding 20 buah rumah di Syam. [Riwayat al-Hasan al-Ahwāzī dalam kitab ‘Aqd Ahli al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3865]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.