Seorang yang menziarahi saudara seislamnya yang memakan makanannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الزائر أخاه المسلم الآكل من طعامه أعظم أجرا من المزور المطعم في الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang yang menziarahi saudara seislamnya yang memakan makanannya adalah lebih besar pahalanya daripada orang yang diziarahi yang memberi makan kerana Allah ‘Azza Wa Jalla.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 66, hadis nombor 302. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
زار ثابت ويزيد الرقاشي أنس بن مالك، فلم يجداه في بيته، فلما جاء أظهر لهما الغضب وقال: ألا قلتما لي حتى أعد لكما؟ ثم قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((‌الزائر ‌أخاه ‌المسلم ‌الآكل ‌من ‌طعامه ‌أعظم ‌أجراً ‌من ‌المزور ‌المطعم ‌في ‌الله ‌عز ‌وجل)).
[خط، فر، ((الضعيفة)) (3674)]

(Batil)
Thābit dan Yazīd al-Raqāshī pergi menziarahi Anas ibn Mālik RA, kemudian mereka berdua tidak menemukan beliau di rumahnya. Sebaik sahaja beliau tiba, terzahir kemarahan kepada mereka berdua. Dan beliau berkata: “Tidakkah sepatutnya kamu beritahu kepada aku terlebih dahulu untuk bertandang sehingga aku dapat membuat persiapan buat kamu berdua?” Kemudian beliau berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seorang yang menziarahi saudara seislamnya yang memakan makanannya adalah lebih besar pahalanya daripada orang yang diziarahi yang memberi makan kerana Allah ‘Azza Wa Jalla”.”
[Riwayat Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārikh Baghdād, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3674).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.