Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الزائرُ أخاهُ المسلمَ الآكلُ مِن طعامِهِ أعظمُ أجرًا منَ المزورِ المطعَمِ في اللهِ عز وجل.
Teks Bahasa Melayu
Seorang yang menziarahi saudara seislamnya yang memakan makanannya adalah lebih besar pahalanya daripada orang yang diziarahi yang memberi makan kerana Allah ‘Azza Wa Jalla.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 66, hadis no. 302. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) زار ثابت ويزيد الرقاشي أنس بن مالك، فلم يجداه في بيته، فلما جاء أظهر لهما الغضب وقال: ألا قلتما لي حتى أعد لكما؟ ثم قال: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم – يقول: ((الزائر أخاه المسلم الآكل من طعامه أعظم أجراً من المزور المطعم في الله عز وجل)). [خط، فر، ((الضعيفة)) (3674)]
(Batil) Thābit dan Yazīd al-Raqāshī pergi menziarahi Anas ibn Mālik RA, kemudian mereka berdua tidak menemukan beliau di rumahnya. Sebaik sahaja beliau tiba, terzahir kemarahan kepada mereka berdua. Dan beliau berkata: “Tidakkah sepatutnya kamu beritahu kepada aku terlebih dahulu untuk bertandang sehingga aku dapat membuat persiapan buat kamu berdua?” Kemudian beliau berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seorang yang menziarahi saudara seislamnya yang memakan makanannya adalah lebih besar pahalanya daripada orang yang diziarahi yang memberi makan kerana Allah ‘Azza Wa Jalla”.” [Riwayat Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārikh Baghdād, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3674).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman