Seorang yang melakukan haji itu boleh memberi syafaat kepada 400 orang ahli keluarganya

TEKS BAHASA ARAB

الحاج يشفع في أربع مئة أهل بيت – أو قال: من أهل بيته – ويخرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang yang melakukan haji itu boleh memberi syafaat kepada 400 orang ahli keluarganya atau baginda bersabda: Daripada ahli keluarganya dan dia keluar dosanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 750, hadis nombor 3838. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي موسى -رضي الله عنه – رفعه إلى النبي ﷺ: «الحاج يشفع في أربع مئة أهل بيت – أو قال: من أهل بيته – ويخرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه».
[البزار، «الضعيفة» (5091)].

(Munkar dengan selengkap ini)
Daripada Abu Musa RA secara marfu’ (disandarkan) kepada Nabi SAW: Seorang yang melakukan haji itu boleh memberi syafaat kepada 400 orang ahli keluarganya atau baginda bersabda: Daripada ahli keluarganya dan dia keluar dosanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.
[Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5091].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.