TEKS BAHASA ARAB
الزاني بحليلة جاره ؛ لا ينظر الله إليه يوم القيامة، ولا يزكيه، ويقول له : ادخل النار مع الداخلين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seorang yang berzina dengan isteri kepada jirannya, Allah SWT tidak akan memandang ke arahnya pada hari kiamat serta tidak akan mensucikan dirinya.” Lalu dikatakan kepadanya: ‘’Masuklah ke dalam neraka bersama dengan golongan yang masuk ke dalamnya”.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 66, hadis nombor 301. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((الزَّانِي بِحَلِيلَةِ جَارِهِ؛ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَلَا يُزَكِّيهِ، وَيَقُولُ لَهُ: ادْخُلِ النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ)).
[فر، الخرائطي في ((مساوئ الأخلاق))، ((الضعيفة)) (3675)]
(Lemah)
Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr RA secara marfū‘:
“Seorang yang berzina dengan isteri kepada jirannya, Allah SWT tidak akan memandang ke arahnya pada hari kiamat serta tidak akan mensucikan dirinya.” Lalu dikatakan kepadanya: ‘’Masuklah ke dalam neraka bersama dengan golongan yang masuk ke dalamnya”.’’
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws, al-Kharā’iṭī dalam Masāwi’ al-Akhlāq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3675).
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.